SEREMBAN: Kementerian Luar belum membuat sebarang keputusan untuk membawa pulang Batalion Malaysia 850-11 (Malbatt 850-11) bagi misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL) di Lubnan, susulan kebimbangan konflik di Asia Barat. Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan malah menjelaskan, pasukan Malbatt 850-11 adalah di bawah panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). “Kalau mahu buat sendiri susah sebab ini perjanjian kita dengan PBB dan merekalah akan yang menguruskan sama ada kita berundur…










