PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini memerintahkan seorang bekas mekanik menjalani hukuman penjara 35 tahun kerana membunuh teman wanita dengan membakar bilik tidurnya, 10 tahun lalu. Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Harmindar Singh Dhaliwal memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan semakan Mohd. Afizi Abdul Rahman, 37, untuk mengetepikan hukuman mati terhadapnya. Beliau yang bersidang bersama-sama Datuk Rhodzariah Bujang sebulat suara turut memerintahkan banduan akhir itu (pemohon) menjalani hukuman penjara bermula dari…










