Bacaan surah dalam solat
Soalan
Meskipun bacaan surah dalam solat adalah sunat tetapi kita tidak boleh sesuka hati memilih mana-mana surah sebaliknya ikut urutan tertentu . Mohon ustaz perjelaskan.
Jemain
Bangi
JAWAPAN
Secara asasnya membaca apa-apa surah di dalam solat adalah sahih cuma kadang-kadang bercanggah dengan yang afdal, misalnya rakaat pertama lebih ringkas daripada rakaat kedua sepatutnya rakaat pertama lebih panjang daripada rakaat kedua atau membaca surah secara lengkap lebih afdal daripda ayat-ayat yang tidak lengkap dalam satu surah.
Fadilat solat sunat dua rakaat sebelum subuh
Soalan
Apakah fadilat yang menggalakkan kita menunaikan solat sunat dua rakaat sebelum solat subuh? Mohon kongsi juga nas yang menguatkan hujah ini.
Jamiah Fatiah
Johor
JAWAPAN
Ia sabit dalam hadis yang sahih riwayat muslim. Baginda bersabda: Dua rakaat fajar lebih baik daripada dunia dan isi kandungannya.
Aisyah menyatakan Baginda Nabi tidak pernah meninggalkan solat fajar walaupun dalam keadaan musafir.
Bapa mentua bukan Islam dikira mahram?
Soalan
Apakah bapa mentua saya yang bukan beragama Islam masih dikira mahram dan batal air sembahyang jika bersentuhan?
Baru masuk Islam
Kota Kinabalu
JAWAPAN
Bapa mentua bukan Islam tetap mahram walaupun dia bukan Islam melebihkan konsep kemanusiaan.
Pembaca boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar e-mel kepada [email protected]