PETALING JAYA: Sabah dan Sarawak bakal diberi kuasa autonomi untuk mengadakan hubungan langsung dengan Brunei dalam sektor pengangkutan dan pelancongan sekali gus memberi manfaat kepada Malaysia dan negara jiran itu. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia adalah satu pendekatan berbeza berbanding dahulunya yang dilihat lebih praktikal memandangkan Sabah, Sarawak dan Brunei berkongsi sempadan. Katanya, kerajaan juga mempunyai pendekatan berbeza dalam memastikan hubungan Malaysia-Brunei mampu memberi impak lebih berkesan…