Anwar cadang wujudkan Zon Ekonomi Khas Malaysia-Thailand

Anwar cadang wujudkan Zon Ekonomi Khas Malaysia-Thailand

ANWAR Ibrahim menerima kunjungan hormat Menteri Luar Thailand, Maris Sangiampongsa di Putrajaya semalam. -FACEBOOK ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan Zon Ekonomi Khas (SEZ) Malaysia-Thailand diwujudkan dengan penglibatan sektor swasta dan syarikat pemula.

 

Perdana Menteri berkata, sektor lain yang dicadang dalam penubuhan SEZ turut melibatkan sektor getah dan makanan yang diyakini dapat menarik lebih banyak pelaburan ke  zon berkenaan.  

 

Perkara itu dicadangkan ketika beliau menerima kunjungan hormat Menteri Luar Thailand, Maris Sangiampongsa di pejabatnya di Putrajaya semalam.

 

Dalam pertemuan tersebut mereka juga  membincangkan hasil lawatan kerja dengan Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin ke Sungai Golok, Thailand dan Rantau Panjang, Kelantan pada minggu lalu.

 

“Saya juga mencadangkan supaya Kelantan mengambil peluang membina ruang perniagaan di sepanjang sungai Sungai Golok,” kata beliau  di Facebook hari ini. 

 

Sabtu lalu, Anwar dan Srettha mengadakan lawatan kerja ke Rantau Panjang dan Sungai Golok bertujuan menilai kemajuan projek naik taraf jambatan yang  menghubungkan kedua-dua kawasan, iaitu satu daripada inisiatif utama kesalinghubungan sempadan kedua-dua negara.

 

Anwar berkata, beliau dan Maris turut berbincang mengenai pengorekan muara Sungai Golok bagi menangani isu banjir bertujuan membantu komuniti di sepanjang sempadan yang menghadapi bencana itu hampir setiap tahun.

 

Beliau turut menyatakan komitmen Malaysia terhadap Proses Dialog Keamanan Selatan Thailand. 

 

“Kedua-dua negara juga bersetuju untuk Malaysia menjadi tuan rumah Perundingan Tahunan Ke-7 pada 19 September 2024. 

 

“Moga hubungan kedua-dua negara berjiran ini terus utuh dan kekal harmoni,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN