KULAI: Pengundi diminta memilih calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri bagi mengangkat suara rakyat untuk tujuan semak dan imbang. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ini kerana sebarang keputusan di PRK DUN tersebut tidak akan menjejaskan pentadbiran kerajaan negeri Kelantan ketika ini. “Calon kita boleh bawa aspirasi Kerajaan Perpaduan. Kita juga mahu hantar seorang lagi wakil yang boleh lakukan…