PETALING JAYA: Akta Pengambilan Tanah 1960 (Akta 486) sudah lapuk dan tidak lagi sesuai digunakan kerana banyak mengambil contoh undang-undang pengambilan tanah di India yang berusia 130 tahun. Malah India sudah pun meminda akta yang digunakan sejak 1894 itu secara besar-besaran pada 2014. Justeru, Akta 486 perlu disesuaikan dengan perkembangan semasa dan diharmonikan bagi menangani isu berkaitan pindah milik tanah susulan kemelut tanah di Jalan Duta. Presiden Pertubuhan Profesional Tanah…