PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada tujuh perwakilan Malaysia ke luar negara, hari ini. Menurut laman sosial rasmi, watikah pelantikan itu dikurniakan menerusi Istiadat Pengurniaan Watikah Pelantikan kepada bakal Ketua-Ketua Perwakilan Malaysia ke luar negara di Istana Negara. Bakal Ketua-Ketua Perwakilan Malaysia berkenaan ialah bakal Duta Besar Malaysia ke Mesir, Datuk Mohd Tarid Sufian; bakal Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Darussalam, Datuk…










