Aedy Ashraf kongsi pengalaman jadi mangsa buli - Utusan Malaysia

Aedy Ashraf kongsi pengalaman jadi mangsa buli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Aedy Ashraf mendedahkan pernah dibuli di sekolah dan melalui fasa tidak menyenangkan sepanjang berdepan situasi tersebut.

Katanya, lebih parah lagi apabila pengalaman yang dialaminya ketika di sekolah rendah itu mengakibatkan dia berada dalam keadaan terdesak untuk keluar daripada situasi tersebut.

“Saya pernah dipukul kerana tidak memberi si pelaku wang yang dimintanya. Alhamdulillah keadaan itu tidaklah teruk mana, malah tidak diadukan kepada guru kerana selesai selepas kami berbincang.

“Jadi saya lalui pengalaman dibuli dan saya rasa apa yang mangsa buli rasakan. Pada saya, pembuli ini tak ada sebab nak membuli kerana mereka melakukannya untuk berseronok,” kongsinya.

Aedy berkata demikian selepas majlis Astro Wrap Party Kahar Kapla High Council semalam.

Kata pelakon berusia 30 tahun itu, pengalaman menjadi mangsa buli sebenarnya mengajar dia untuk tidak membenarkan aktiviti tidak bermoral itu menimpa dirinya atau mana-mana individu yang lain.

“Saya jadikannya sebagai perkara positif dan sebab untuk saya belajar seni mempertahankan diri supaya saya menjadi manusia yang berani.

“Bila sudah belajar asas, kita secara tidak langsung akan tahu apa yang perlu kita buat untuk lindungi diri sendiri,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×