KUALA LUMPUR: Pelakon, Aedy Ashraf mendedahkan pernah dibuli di sekolah dan melalui fasa tidak menyenangkan sepanjang berdepan situasi tersebut. Katanya, lebih parah lagi apabila pengalaman yang dialaminya ketika di sekolah rendah itu mengakibatkan dia berada dalam keadaan terdesak untuk keluar daripada situasi tersebut. “Saya pernah dipukul kerana tidak memberi si pelaku wang yang dimintanya. Alhamdulillah keadaan itu tidaklah teruk mana, malah tidak diadukan kepada guru kerana selesai selepas kami berbincang.…