SEGAMAT: Seramai 55 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia dalam operasi di premis memproses sampah elektronik (e-waste) haram di Kawasan Perindustrian Segamat 2, baru-baru ini. Pengarah Imigresen Johor, Datuk Mohd. Rusdi Mohd. Darus berkata, operasi itu adalah susulan aduan penduduk setempat mengenai sejumlah warga asing bekerja di beberapa premis memproses sampah elektronik di situ. “Premis berkenaan juga dipercayai menyebabkan berlakunya pencemaran bau dan tidak memiliki lesen sah daripada Jabatan Alam…

 
								 
											









