25,181 jawatan berjaya diiisi pencari kerja di Terengganu - Utusan Malaysia

25,181 jawatan berjaya diiisi pencari kerja di Terengganu

FARIHAH Che Husin (duduk, kanan) beramah mesra dengan seorang pengunjung di Karnival Kerjaya MyFutureJobs 2024 di Kuala Terenggan, hari ini. - UTUSAN/KAMALIZA KAMAUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Sebanyak 25,181 jawatan telah berjaya diisi pencari kerja dalam Karnival Kerjaya MyFutureJobs yang dijalankan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di Terengganu sejak tahun 2020 hingga 5 Ogos lalu.

Pengarah Perkeso Terengganu, Farihah Che Husin berkata, ia adalah bukti kejayaan program tersebut yang dijalankan dengan kerjasama kerajaan negeri Terengganu untuk membantu rakyat mencari pekerjaan yang sesuai dengan kemahiran dan kelayakan mereka.

Menurutnya, berdasarkan perangkaan portal MyFutureJobs, sebanyak 1,755 kekosongan jawatan masih aktif di Terengganu bagi tempoh 2023 hingga Julai lalu.

“Sebab itu kita sangat menggalakkan pencari kerja untuk datang ke karnival-karnival yang kami anjurkan kerana dapat bertemu empat mata dengan bakal majikan.

“Melalui karnival ini, pencari kerja boleh membawa terus dokumen yang sesuai dan menjalani temuduga kedua sekiranya layak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan walkabout di Karnival Kerjaya MyFutureJobs ‘Tiada Yang Terpinggir’ 2024 di Kuala Terengganu City Centre, di sini, hari ini.

Sebanyak 65 majikan menyertai karnival selama dua hari itu yang bermula semalam dan berakhir pada pukul 6 petang ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, seramai 226 pengunjung telah berjaya mendapat pekerjaan yang sesuai dengan mereka manakala 1,017 pengunjung lagi layak untuk menghadiri temuduga yang seterusnya.

“Antara kekosongan jawatan terbesar yang ditawarkan ialah dalam sektor pembuatan iaitu 762 kekosongan, pentadbiran awam dan pertahanan (700), pengangkutan dan penyimpanan (500), perdagangan borong dan runcit (419) serta kewangan, insurans dan takaful (310),” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×