TANJUNG MALIM: Seorang guru, Syis Abdul Kadir, 35, tidak dapat melupakan pengalaman terperangkap selama 17 jam ekoran kejadian kepala air di tapak perkhemahan Risda Eco-Park, Kampung Ulu Slim, Slim River di sini petang semalam. Katanya, insiden itu meninggalkan kesan kepada dirinya serta isteri dan dua anaknya yang terperangkap lebih 17 jam sementara menanti diselamatkan pasukan keselamatan. “Kami sekeluarga dari Sabak Bernam tiba di sini pada pukul 3 petang, semasa itu…










