1,000 serangan Israel ke atas klinik dan hospital - Utusan Malaysia

1,000 serangan Israel ke atas klinik dan hospital

PENDUDUK Palestin berjalan di depan bangunan Hospital al-Shifa yang musnah akibat bedilan tentera Israel di Gaza City, Semenanjung Gaza. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Sebanyak 1,000 serangan dilakukan zionis Israel ke atas fasiliti kesihatan di Gaza dalam tempoh 10 bulan sepanjang tempoh konflik Palestin dan Israel sejak tahun lalu, kata pertubuhan Pakar Perubatan Untuk Hak Asasi Manusia (PHR).

Al-Jazeera melaporkan, jum­lah serangan pa­ling tinggi membabitkan fasiliti kesihatan berbanding konflik peperangan lain.

Menurut Penyelidik Timur Tengah dan Afrika Utara PHR, Houssam al-Nahhas, 1,000 serangan dilakukan rejim yang turut yang menyasarkan hospital para pesakit dan petugas ke­sihatan di wilayah bergolak itu.

“Ini bukan sahaja serangan ke atas bangunan dan struktur binaan tetapi satu malapetaka besar merosakkan katil, ubat-ubatan, bilik pembedahan dan wad yang digunakan untuk menyelamatkan nyawa sama ada wanita atau kanak-kanak,” katanya.

Oleh itu, kumpulan yang berpangkalan di New York menggesa satu penyiasatan bebas dan memberi amaran kepada Israel bahawa tindakan merupakan satu pelanggaran undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

Dalam pada itu, pihak berkuasa Palestin melaporkan Israel melakukan serangan baharu ke atas khemah yang menempatkan penduduk Palestin di Hospital Syahid Al-Aqsa.

Kejadian itu telah menyebabkan sekurang-kurangnya tiga orang maut manakala 18 lain ce­dera.

“Kami mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan beramai-ramai oleh pendudukan ini,” katanya jurucakap pihak berkuasa Palestin itu.

Mereka juga menggesa masyarakat antarabangsa untuk memberikan tekanan kepada Israel agar menghentikan pembunuhan beramai-ramai.

Sementara itu, wartawan agensi berita WAFA kelmarinmelaporkan satu serangan membabitkan dua sekolah apa­bila tiga peluru berpandu sekali lagi ketika anggota pasukan perubatan dan pertahanan awam cuba memindahkan mangsa.

Sumber perubatan di Hospital Arab Al-Ahli melaporkan, beberapa daripada mangsa yang maut dan cedera terdiri kanak-kanak dan pengeboman itu menyebabkan kerosakan besar bilik darjah di sekolah yang sudah sesak. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×