Yusri pening aksi anak buah - Utusan Malaysia

Yusri pening aksi anak buah

MOHD. YUSRI CHE LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: ‘Semoga kekalahan ini memberi kesedaran kepada pemain’.

Begitu kata Ketua Jurulatih Perak FC, Mohd Yusri Che Lah selepas anak buahnya  tumpas 1-2 kepada Kuching City dalam saingan Liga Super di Stadium Perak, semalam.

“Ini bermakna Perak perlu bekerja kuat lagi selepas ini kerana kemampuan sekarang tidak mencukupi.

“Ia petanda bahawa Perak FC belum cukup bagus, ” kata Yusri dalam sidang akhbar selepas perlawanan semalam.

Selepas beraksi baik pada separuh pertama, malangnya persembahan Perak FC di babak kedua merosot.

“Saya hairan kerana pemain tidak konsisten. Mereka bermain baik tanpa sebarang kecacatan di babak pertama tetapi lesu selepas rehat sehingga lawan boleh bangkit,” katanya.

Yusri memohon maaf kepada penyokong Perak kerana gagal mengutip mata penuh pada perlawanan semalam.

Kekalahan itu adalah yang keempat dan yang ketiga di gelanggang sendiri setakat ini.

“Percayalah kami bukan tidak mahu menang. Pemain sudah mencuba tetapi apakan daya tidak berdaya. Kami kena bekerja kuat lagi,” tambahnya.

Dalam perlawanan semalam, Wan Zack Haikal meletakkan Perak mendahului apabila menjaringkan gol pada minit ke-17 namun Jordan Mintah menyamakan kedudukan hasil jaringan pada minit ke-68.

Cheche Kipre muncul wira pasukannya apabila menjaringkan gol pada minit ke-76 untuk Kuching City membawa pulang tiga mata . – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN