IPOH: Mendekati mangsa dengan menyamar sebagai pegawai bantuan sebelum melarikan diri bersama wang kononnya untuk proses permohonan dan membuka akaun bank. Itu taktik dikesan yang dilakukan lelaki warga tempatan bagi memperdayakan mangsa hingga menyebabkan kerugian lebih RM16,000. Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, berdasarkan siasatan, lelaki berusia 49 tahun itu menyasarkan mangsa dalam kalangan warga emas berusia 50 hingga 80 tahun. Katanya, kebanyakan mangsa ditemui di kawasan berhampiran…










