Tunggu seawal 7.15 pagi untuk mengundi

Tunggu seawal 7.15 pagi untuk mengundi

MANIMARAN menunjukkan jarinya yang mempunyai kesan dakwat selepas selesai mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Syed Sheh Barakbah, Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIBONG TEBAL : Suasana sekitar pusat pengundian di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Syed Sheh Barakbah sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap pagi ini berjalan dengan lancar.

Seorang pengundi, S. Manimaran, 59 antara individu paling bersemangat menunggu di pintu pagar sekolah terbabit dan melahirkan rasa teruja untuk menunaikan tanggungjawabnya sebagai pengundi.

“Saya berada di sini sejak kira-kira 7.15 minit pagi lagi dan saja beratur awal bagi mengelakkan kesesakan nanti.

“Saya tak ingat dah berapa kali mengundi, tapi yang pasti, setiap kali pilihan raya, saya dan ahli keluarga akan sama-sama tunaikan tanggungjawab untuk pilih wakil rakyat kawasan kami,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Selain itu, kelihatan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap, Datuk Dr. Amar Pritpal Abdullah yang turut menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi di pusat mengundi terbabit.

Beliau dilihat turut meluangkan masa beramah-mesra dan bertanya khabar kepada pengamal media yang sedang bertugas.

Setakat pukul 9 pagi, sebanyak lapan peratus daripada 3,904 pengundi yang berdaftar di pusat pengundian ini dikatakan telah keluar mengundi.

SUASANA sekitar pusat pengundian di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Syed Sheh Barakbah dilihat berjalan lancar.

Selain SMK Tun Syed Sheh Barakbah, lapan lagi pusat pengundian yang dibuka ialah SMK Tasek, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Boon Beng, SMK Bandar Tasek Mutiara, Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Tasek, SK Sungai Duri, SK Sungai Bakap, SK Jawi dan SK Sungai Kechil.

Kesemua pusat mengundi berkenaan akan ditutup pada jam 6 petang ini, sebelum proses penjumlahan undi berlangsung di Dewan Serbaguna Jawi, Taman Desa Jawi di sini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN