Tuduh Rayer anti-Islam, Ahli Parlimen Pendang diarah keluar Dewan 

Tuduh Rayer anti-Islam, Ahli Parlimen Pendang diarah keluar Dewan 

Datuk Awang Hashim
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Datuk Awang Hashim (Pas-Pendang) diarahkan keluar Dewan Rakyat selama tiga hari bermula hari ini berikutan kenyataannya yang menyifatkan RSN Rayer (PN-Jelutong) anti-Islam.

Arahan itu dikeluarkan Timbalan Speaker, Datuk Ramli Mohd, Nor setelah peluang diberi berkali-kali supaya Awang menarik kembali kenyataannya itu, namun beliau tetap enggan berbuat demikian

“Saya kekal pada prinsip saya, saya tidak akan tarik balik,” katanya,.

Ramli kemudiannya mengarahkan Bentara untuk menjalankan tugas dengan mengarahkan ahli Parlimen Pendang keluar dari Dewan Rakyat.

Dewan Rakyat ‘panas’ apabila Awang menggelar Rayer sebagai anti-Islam berikutan tindakannya yang membela orang yang bermain judi, sekali gus bertentangan dengan perkara yang ditetapkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohamad Sanusi Mohd Noor.

Perkara itu timbul apabila Rayer sebelum itu meminta ahli parlimen pembangkang menarik balik kenyataan ‘enam jahanam’ terhadap bekas wakil rakyat Bersatu yang menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, selaras dengan perkara 36(6).

“Dia sebut nama saya tadi berkenaan enam jahanam, memang mereka enam jahanam, bila jahanam dia kait yang orang Islam memang begini. dia yang anti Islam. Sebab dia membela orang-orang main judi di Kedah. Maknanya Islam melarang orang main judi dimana majoriti masyarakat Islam di Kedah 70 peratus, bila dia membela orang main judi dan bertentangan dengan apa yang diarahkan Menteri Besar supaya tidak ada premis judi, kita cuma tak beri premis judi. Itu hak PBT dan kerajaan negeri.

“Jadi mereka pergi bela, maknanya dia anti Islam yang merupakan hak orang Islam majoriti di Kedah, itu yang saya nak sebut,” katanya.

Rayer kemudiannya bangun mempertahankan diri dengan disokong Sim Tze Tzin (PKR-Bayan Baru) dan menyifatkan ia sebagai tuduhan yang sangat serius serta perlu diambil tindakan.

“Apa yang dikatakan saya anti-Islam itu tidak betul. Tuduhan yang amat serius,” ujarnya.

Timbalan Speaker kemudiannya berkata : ‘Yang berhormat menyatakan fakta-fakta yang berlaku, Yang Berhormat Jelutong tuduh Yang Berhormat (Pendang), Pendang tuduh Jelutong, adalah lebih sesuai petua yang adil..buat usul’.

Ramli juga kemudiannya memberi ruang kepada Awang untuk bercakap di bawah perkara yang sama dalam Peraturan Parlimen. 

Rayer yang kelihatan masih tidak berpuas hati turut bangun dan mempersoal adakah ia sikap yang perlu ditonjolkan sebagai ahli parlimen Pas. 

Bagaimanapun, perkara itu diselar kembali Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh (Pas-Besut) setelah Awang keluar dari Dewan Rakyat. 

“Jelutong berkata, ahli Pas kena berkelakuan baik, itu perkataan yang menyakitkan hati. Apa, kalau bukan ahli Pas perlu berkelakuan burukkah? Saya minta Jelutong tarik balik,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN