PETALING JAYA: Bapa kepada Baby Syifa yang ditahan polis semalam akan direman tiga hari bagi membantu siasatan berkaitan kes penipuan dalam urusan yuran guaman. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, lelaki berkenaan akan direman bermula hari ini sehingga 12 Julai ini. “Kita reman bagi siasatan lanjut,” kata beliau ketika dihubungi. Terdahulu, bapa kepada selebriti itu ditahan pukul 2.45 petang di Kuala Lumpur oleh pasukan Bahagian…








