PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak, Azlee Jaafar, menafikan dakwaan kononnya dia sengaja menagih sumbangan orang ramai ketika diuji serangan jantung, baru-baru ini. Menegaskan tidak pernah meminta wang daripada mana-mana pihak, Azlee atau Muhammad Azlee Jaafar, 57, berharap agar masyarakat tidak mempertikaikan bantuan yang diperolehinya. “Saya langsung tidak hubungi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tapi, tiba-tiba setiausaha politiknya datang ziarah. Saya rasa mereka akan ziarah mana-mana artis yang sakit atau…










