MEKAH: Situasi di Masjidil Haram di sini sepanjang Jumaat tenang tanpa ada sebarang insiden buruk menjelang hari terakhir menurut takwim rasmi 1445 Hijrah. Puluhan ribu jemaah hadir memenuhi kompleks masjid terbesar di dunia itu ketika cuaca panas dengan suhu mencecah 39 darjah Celsius pada pukul 12 tengah hari. Mereka tekun mengikuti khutbah disampaikan oleh Sheikh Dr. Maher Hamad Al-Muaiqly yang tidak terlalu panjang sebelum memimpin solat Jumaat. Walau bagaimanapun, hanya…










