Telefon bimbit dipercayai milik Nur Farah Kartini dijumpai dalam parit

Telefon bimbit dipercayai milik Nur Farah Kartini dijumpai dalam parit

TELEFON bimbit dipercayai milik Nur Farah Kartini ditemukan dalam parit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor kira-kira 12.20 tengah hari tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU SELANGOR: Telefon bimbit milik Nur Farah Kartini Abdullah, 25, dipercayai dijumpai di dalam parit di Kampung Sri Kledang di sini, hari ini.  

Difahamkan bahan bukti tersebut ditemukan kira-kira 12.20 tengah hari selepas satu jam operasi pencarian dilakukan Unit Skuba (Unit Forensik) Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta dibantu pihak bomba.

Suspek dilihat dibawa ke lokasi kejadian dipercayai bagi proses pengecaman bukti tersebut.

Difahamkan, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Hussain serta Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan turut ke lokasi kejadian. 

Terdahulu, suspek lelaki berusia 26 tahun itu dilihat dibawa ke lokasi kejadian dipercayai bagi membantu pihak berkuasa dalam usaha mengesan barang bukti yang berada di sebatang parit di lokasi kejadian. 

Suspek yang juga anggota polis di sebuah balai di Perak dilihat berpakaian baju lokap berwarna oren lengkap bergari selain dikawal ketat beberapa anggota polis ke lokasi pencarian kira-kira pukul 11.40 pagi. 

Kira-kira lima minit kemudian, suspek dibawa semula ke kenderaan polis jenis Proton Preve dan operasi mencari bahan bukti diteruskan.

Mayat Nur Farah Kartini ditemukan di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, kira-kira pukul 6 petang, kelmarin. 

Susulan itu, suspek lelaki berusia 26 tahun yang juga bekerja sebagai anggota polis ditahan pada hari sama. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN