BESUT: Kebakaran Tapak Pelupusan Sampah Majlis Daerah Besut (MDB) di Paya Rawa dan kebakaran belukar di kawasan bertanah gambut di Kampung Raja di sini dipercayai menjadi punca kemerosotan kualiti udara di daerah tersebut. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris berkata, kebakaran di tapak pelupusan MDB itu telah berlaku sejak 5 Jun lalu. Sementara itu, menurutnya, kebakaran belukar di kawasan tanah gambut Kampung Raja…










