'Tanjong telah lama dinamakan sebagai kawasan Parlimen'

‘Tanjong telah lama dinamakan sebagai kawasan Parlimen’

WONG HON WAI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Kerajaan negeri menjelaskan bahawa nama Tanjong telah diangkat ke Dewan Rakyat dan dinamakan sebagai kawasan Parlimen sejak sekian lama.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif negeri, Wong Hon Wai berkata, sehubungan itu, tidak timbul sebarang isu berkaitan dengan penukaran nama tempat tersebut dari Georgetown ke Tanjung Penaga.

“Nama Tanjong itu telah diangkat ke Dewan Rakyat dan dinamakan sebagai kawasan Parlimen sekian lama. Oleh itu, tiada sebarang isu atau permasalahan dengan nama tempat tersebut,” katanya di sini, hari ini.

Sebelum ini, Pas Pulau Pinang menggesa kerajaan negeri agar mengembalikan nama asal Georgetown, iaitu Tanjung Penaga, yang menurutnya melambangkan ‘identiti Malaysia’.

Ketua Penerangan Pas negeri yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, Muhammad Fawwaz Mat Jan berkata, nama asal sesuatu tempat yang melambangkan identiti negara wajib diketengahkan, bukan ‘identiti yang diberikan penjajah’.

Mengulas lanjut, Hon Wai berkata, Georgetown juga telah disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada 7 Julai 2008.

“Pengiktirafan antarabangsa ini menegaskan kedudukan Georgetown sebagai destinasi pelancongan terkemuka di Malaysia yang menarik pengunjung dari seluruh dunia,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN