Sultan Ibrahim ikrar perintah Malaysia dengan adil ikut undang-undang

Sultan Ibrahim ikrar perintah Malaysia dengan adil ikut undang-undang

SULTAN Ibrahim dalam lafaz ikrar sempena Istiadat Pertabalan sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17 di Istana Negara hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berikrar akan memerintah negara ini dengan seadilnya mengikut lunas undang-undang Perlembagaan Persekutuan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sultan Ibrahim turut berikrar akan memelihara pada setiap masa agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.

“Saya Sultan Ibrahim bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah izinNya saya dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong.

“Saya akan menjalankan seadil-adilnya pemerintahan bagi Malaysia mengikut undang-undang dan Perlembagaan negara.

“Saya juga akan memelihara dengan sempurnanya setiap masa agama Islam dan berdiri teguh di atas pemerintahan yang adil dan aman dalam negara,” ikrar Sultan Ibrahim sempena Istiadat Pertabalan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17 di Istana Negara, hari ini.

Sultan Ibrahim yang meneruskan pusingan kedua sistem penggiliran Raja-Raja Melayu yang diamalkan sejak negara mencapai kemerdekaan pada 1957, melafaz dan menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17 pada 31 Januari lalu.

Pelantikan baginda bagi menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dari Pahang, yang tamat tempoh pemerintahan selaku Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Januari 2024.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN