STPM 2023: Keluarga susah tak halang raih keputusan cemerlang

STPM 2023: Keluarga susah tak halang raih keputusan cemerlang

Nuramira Najwa Erwan (dua, kanan) bersama keluarganya selepas mendapat keputusan peperiksaan STPM 2023 dekat KISAS di Klang, Selangor, semalam. – UTUSAN /ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Latar belakang keluarga kurang berkemampuan tidak menghalang calon peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2023, Muhammad Aiman Zulkafli, 18, untuk memperoleh keputusan cemerlang.

Memuatkan artikel berkaitan…

Malah, dia mengakui pernah berputus asa dan tidak mahu meneruskan pengajian di Tingkatan 6 apabila permohonannya untuk mendapatkan biasiswa tidak diluluskan.

Menurut Muhammad Aiman, biasiswa tersebut amat pen­ting baginya kerana dia berasal daripada keluarga yang kurang berkemampuan dan berada jauh dari kampung halamannya di Bagan Serai, Perak.

“Latar belakang saya dari kawasan pedalaman, keluarga bekerja di kampung dengan pendapatan sederhana. Untuk keluar dari kampung menuntut ilmu sememangnya banyak wang diperlukan.

“Saya mengambil keputusan untuk berhenti pada semester dua setelah biasiswa yang dimohon kepada beberapa pihak tidak diluluskan.

“Saya agak tertekan disebabkan masalah tersebut hingga mengambil keputusan tersebut,” katanya kepada Utusan Malaysia yang memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.67.

Muhammad Aiman antara pelajar-pelajar Tingkatan 6 Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) yang memperoleh keputusan peperiksaan STPM 2023 semalam.

Seorang lagi pelajar cemerlang, Nuramira Najwa Erwan, 18, memberitahu belajar secara berkumpulan bersama rakan-rakan sekelasnya menjadi resepi kejayaan dalam STPM dengan keputusan PNGK 4.0.

Menurutnya, dia belajar menangkis sifat malu untuk bertanya dan berkongsi ilmu dengan rakan-rakan.

“Bukan semua subjek kita boleh fahami dan itu faktor yang mendorong saya sanggup berguru dengan kawan-kawan yang memahami sesuatu subjek.

“Saya mempunyai kumpulan belajar dan kami akan mencari kawan yang arif dalam topik yang kami tidak faham untuk mengajar kami pula,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN