SPRM tahan CEO syarikat disyaki seleweng dana RM270,000

SPRM tahan CEO syarikat disyaki seleweng dana RM270,000

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (SPRM)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan reman seorang individu bergelar profesor yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat perkhidmatan pendidikan tinggi, kerana dipercayai menyelewengkan dana syarikat untuk kepentingan peribadi bernilai kira-kira RM270,000.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 60-an itu ditahan kira-kira pukul 7 malam, semalam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.

“Siasatan awal mempercayai suspek menggunakan wang bernilai kira-kira RM270,000 untuk kegunaan peribadi termasuk membayar hutang dan beli kereta serta perbelanjaan peribadi yang lain.

“Suspek juga disyaki mengarahkan kakitangan syarikat menyediakan surat untuk bayaran gaji berjumlah kira-kira RM12,000 sebulan sejak Mac 2023 sedangkan surat pelantikan suspek sebagai CEO hanya melayakkannya menerima lima peratus daripada keuntungan tahunan syarikat,” katanya. 

Susulan penahanan itu, suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi ini dan perintah tahanan reman selama tujuh hari sehingga 30 Julai ini telah dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat di bawah Akta SPRM 2009.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN