Sayalah penunggu itu - Syafeek Ikhwan luah rasa dalam lagu - Utusan Malaysia

Sayalah penunggu itu – Syafeek Ikhwan luah rasa dalam lagu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi meningkat naik, Syafeek Ikhwan meluahkan rasa lega kerana berpeluang berkongsi kekecewaan akibat kegagalan percintaan sebelum ini dalam lagu barunya, Penunggu.

Katanya, lagu tersebut, yang liriknya ditulis olehnya, dan digubah bersama Saifulazim, menceritakan fasa sukar dilaluinya selepas dikecewakan kekasih pada tahun 2020.

“Hubungan kami berlaku secara jarak jauh. Satu ketika, saya ditinggalkan tanpa sebarang petanda. Tiba-tiba, dia menghilang begitu sahaja.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Alasannya, ada lelaki lain yang lebih dekat dengannya. Dalam keadaan saya masih sepenuh hati menyayangi dia, terus menunggu setiap hari selama hampir dua tahun untuk dia kembali. Tetapi ia tidak berlaku.

“Kesakitan yang saya rasa dan lalui waktu itu menyebabkan saya beberapa kali mengalami serangan panik sehinga mengakibatkan sukar bernafas.

“Fasa itu memang sukar. Sebab itu saya tulis Penunggu, ringkasnya Penunggu itu adalah saya,” katanya.

Dalam pada itu, Syafeek memaklumkan Penunggu adalah lagu pertama yang dihasilkannya.

“Saya tak pandai main alat muzik tapi saya suka memerhati, belajar sendiri daripada Youtube dan video yang saya tonton. Bila tak pandai main alat muzik, agak susah nak zahirkan bunyi yang ada dalam kepala.

“Tapi syukur saya ada kenalan yang dah lama buat susunan muzik untuk saya. Jadi dia dah faham apa saya suka dan tak suka. Kami duduk sama-sama di studio dan saya hum, dia mainkan di keyboard. Saya memang nak terlibat daripada awal sampai akhir untuk lagu ini termasuklah susunan muzik.

Tambah Syafeek, dia mengambil masa dua tahun untuk menghasilkan lagu ini. Ini kerana, banyak yang perlu diubah dari semasa ke semasa.

“Lirik pun saya ubah lebih daripada lima kali sebab kadang-kadang idea lain muncuk. Tapi syukur sangat akhirnya Penunggu ini dah siap.

Mengulas lanjut, Syafeek setakat ini memaklumkan belum merancang untuk menghasilkan muzik video untuk lagu tersebut.

“Kami akan keluarkan official lirik video terlebih dahulu. Cuma yang berbezanya, lirik video ini ada montaj yang kami buat penggambaran di Bali, baru-baru ini.

“Kena tengok nanti. Dari segi konsep pula, saya ada berbincang dengan beberapa orang rakan. Kami memilih laut sebagai latar belakang untuk ‘Penunggu’ sebab saya banyak luangkan masa di laut sepanjang usaha untuk memulihkan diri daripada kesakitan ini,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN