Saya sayangkan pengkritik saya - Ning Baizura - Utusan Malaysia

Saya sayangkan pengkritik saya – Ning Baizura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ning Baizura, enggan mengambil pusing cakap-cakap netizen yang mempersoal keupayaan nyanyiannya ketika usia wanita ini menjangkau 50 tahun.

Kata Ning, masyarakat berhak berkata apa sahaja meskipun bukan semua dalam kalangan mereka tahu perjalanan yang ditempuhnya.

“Mereka boleh persoalkan, tapi bukan mereka yang bayar gaji saya. Jadi, okey sahaja. Saya sayangkan pengkritik saya.

“Nyanyian adalah kejujuran. Anda melihat kekuatan dan kelemahan saya.

“Orang boleh berkata apa sahaja, hakikatnya mereka tidak tahu cabaran yang saya lalui,” katanya yang ditemui selepas sidang media The Wow Show Live, semalam.

Kata Ning, kritikan netizen tidak mematahkan, malah lebih membakar semangat untuk dia meneruskan kariernya yang sudah pun berusia lebih 30 tahun.

“Kepada yang tidak berminat mengetahui tentang kesukaran yang saya hadapi, silakan sekat saya di media sosial.

“Saya buat semua ini (menyanyi) untuk peminat saya yang sering mahukan saya tampil dengan lagu baru.

“Jadi, sudah masanya untuk saya keluarkan sebuah single baru untuk pemina,” kongsinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×