Tergelak juga Cik Bunga apabila dengar tentang kerenah seorang artis wanita ini. Kalau dahulu Cik Bunga pernah cakap mengenai sikap ibunya yang umpama lebih sudu dari kuah, ini kali kita dapat tahu mengenai perangai busuk hati diri pelakon ini pula. Mahu dijadikan cerita, ada kru sebuah produksi sampaikan perkara ini kepada Cik Bunga. Katanya, pelakon wanita ini selalu tidak puas hati dengan seorang pelakon wanita yang baginya seakan ‘mengancam’ kedudukannya…