Salah kita ramai cerdik pandai tak mahu balik - Teresa

Salah kita ramai cerdik pandai tak mahu balik – Teresa

TERESA KOK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pembukaan program matrikulasi kepada semua kaum dapat menyelamatkan Malaysia daripada kehilangan cerdik pandai dan bakat-bakat luar biasa yang diambil berkhidmat oleh negara luar selepas tamat pengajian.

Sambil menghargai keputusan Perdana Menteri itu, Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Teresa Kok berkata, sudah tiba masanya kerajaan menjaga serta mengekalkan golongan cerdik pandai untuk kepentingan dan manfaat negara masa kini dan akan datang.

Jelasnya, ramai bakat tempatan yang belajar di luar negara kini enggan pulang ke tanah air sebaliknya memilih bekerja di negara asing seperti Singapura, Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) atas pelbagai alasan.

“Kita ada saintis muda yang dapat anugerah di New Zealand. Banyak bakat kita di AS, London dan sebagainya dan kadang-kadang JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) hantar pelajar yang cerdik pandai untuk belajar ke luar negara dan mereka tidak mahu balik ataupun mahu balik tetapi tiada jawatan. Jadi, dibenarkan untuk kerja di luar negara.

“Ini salah kita kerana tidak kekalkan bakat di negara ini. Saya masih ingat ketika mendiang Datuk Seri Karpal Singh menjalani pembedahan di hospital di Singapura, beliau menyatakan 80 peratus doktor yang menjaga beliau adalah orang Malaysia,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Mengulas lanjut, Teresa yang juga Ahli Parlimen Seputeh membidas tindakan pembangkang memainkan isu matrikulasi itu tanpa melihat posisi positif kewajaran membuka peluang kepada semua kaum yang cemerlang dalam akademik.

“Menjadi naratif pembangkang untuk mainkan isu ini dan ia perkara yang tidak sihat sehingga menjadikan pemimpin kerajaan di Sabah dan Sarawak terang-terang menghentam kita,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN