KUALA LUMPUR: Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2024 yang dibentang pada sidang Dewan Rakyat hari ini antaranya melaporkan sembilan pengauditan melibatkan 11 kementerian dengan kos keseluruhan program, projek atau aktiviti diaudit berjumlah RM41.97 bilion. Ketua Audit Negara, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi berkata, pengauditan itu mengenai aktiviti kementerian atau jabatan kerajaan Persekutuan serta badan-badan berkanun Persekutuan dan skop pengauditan meliputi projek yang dilaksana dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9)…