KUALA TERENGGANU : Perikatan Nasional (PN) kini melakukan pecutan gerak kerja kempen pada saat akhir untuk melakar kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, Pulau Pinang pada Sabtu ini. Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, setakat ini, gerak kerja yang dilakukan jentera PN bertambah baik berbanding beberapa siri PRK lain sebelum ini. Malah, katanya, kerjasama semua jentera dalam PN juga semakin…