PRK Nenggiri: DAP Kelantan berkhemah bantu kempen BN 

PRK Nenggiri: DAP Kelantan berkhemah bantu kempen BN 

AZAHA Abdul Rani semasa berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pakatan Harapan PRK Nenggiri di Pejabat Amanah Kawasan Gua Musang di Gua Musang, Kelantan hari ini. - UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: DAP Kelantan akan berkhemah di pos penempatan Orang Asli untuk membantu berkempen bagi calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri 17 Ogos ini.

Pengerusinya, Datuk Azaha Abdul Rani berkata, DAP  akan berkampung 14 hari di pos penempatan Orang Asli bagi memastikan golongan berkenaan kekal menyokong Kerajaan Perpaduan.

Menurut beliau, tindakan tersebut sebagai tanda kebersamaan dan DAP mahu memastikan BN merampas semula DUN Nenggiri daripada Perikatan Nasional.

“Sasaran kami… mahu 90 peratus daripada  lebih 2,700 Orang Asli keluar mengundi pada hari tersebut. Kami sanggup buka khemah selama 14 hari untuk meraih undi di dalam hutan.

“Pengundi Melayu kita serah pada BN dan Amanah (Parti Amanah Negara) untuk uruskan” katanya semasa menyampaikan ucapan pada  Majlis Pelancaran Jentera Pakatan Harapan PRK Nenggiri di Pejabat Amanah Kawasan Gua Musang di sini hari ini.

Hadir sama Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu.

Azaha berkata, DAP akan melaksanakan tugasan yang diberikan sebaiknya  demi kemenangan Kerajaan Perpaduan.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan BN menamakan Ketua Pemuda UMNO negeri Mohd. Azmawi Abdul Ghani sebagai calon PRK Nenggiri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN