SHAH ALAM: Polis menahan enam lelaki tempatan disyaki terlibat dengan sindiket aktiviti pengedaran dadah jenis ekstasi, Erimin 5 dan syabu seberat 49.5 kilogram bernilai kira-kira RM7.8 juta di sekitar negeri ini, pada Rabu lalu. Dalam operasi bermula kira-kira pukul 5.50 petang itu, tangkapan pertama bermula dengan penahanan seorang lelaki berusia 50 tahun dekat hadapan pos pengawal sebuah pangsapuri di Telok Panglima Garang, Kuala Langat. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN)…