TELUK INTAN: Polis memohon bantuan orang ramai mengesan remaja lelaki berusia 18 tahun yang dilaporkan hilang sejak Khamis lalu. Kehilangan M. Praveen Raaj yang beralamat di Taman Lagenda Fasa 1 di sini itu disedari ibunya sebelum laporan kehilangannya dibuat wanita itu di Balai Polis Teluk Intan semalam. Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, remaja berkulit gelap dengan ketinggian 170 sentimeter dan berat 70 kilogram itu…










