PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan, kerajaan pimpinannya akan terus konsisten meningkatkan tahap kecintaan dan kesetiaan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Perdana Menteri memberi jaminan itu semasa mempersembah ucapan tahniah dan taat setia mewakili kerajaan dan rakyat di hadapan Sultan Ibrahim, sempena Istiadat Pertabalan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17 di Istana Negara, hari ini. Kata beliau, institusi Yang di-Pertuan Agong adalah tonggak kekuatan negara…










