PETALING JAYA: Petunjuk ekonomi utama negara mengukuh seiring perkembangan pasaran buruh dengan anggaran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Awalan Malaysia menunjukkan pengembangan 5.8 peratus pada suku tahun kedua 2024. Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, ini berlaku peningkatan daripada 4.2 peratus pada suku tahun sebelumnya yang dipacu oleh sektor perkhidmatan, pembuatan dan pertanian. “Secara keseluruhan, ekonomi berkembang 5.0 peratus pada separuh tahun pertama 2024, berbanding 4.1 peratus…