IPOH: Perak menerima 3.61 juta pelancong dari Januari sehingga Jun tahun ini, iaitu peningkatan sekitar 70 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor negeri, Loh Sze Yee berkata, berdasarkan survei oleh Jabatan Perangkaan, Ipoh, Manjung, dan Taiping terus menjadi lokasi tarikan utama pelancong. Pada masa sama menerusi teks jawapannya, kerajaan negeri tidak memilih untuk mengupah bintang filem terkenal bagi mempromosikan pelancongan Perak seperti…