Perak laksana solat jenazah ghaib buat Ismail Haniyeh - Utusan Malaysia

Perak laksana solat jenazah ghaib buat Ismail Haniyeh

SAARANI Mohamad berbual dengan murid Sekolah kebangsaan Sultan Idris II, Kuala Kangsar, Muhammad Sufi Sufian, 11, yang memiliki bakat melukis pada Persidangan Pemikiran dan Tamadun Islam Sedunia (WCIT) 2024 di Ipoh. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Perak setuju seperti mana permintaan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk mengadakan solat jenazah ghaib susulan kematian pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh yang dibunuh rejim Zionis.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menyatakan sedemikian agar masjid dan surau mengadakan solat itu sebagai menghormati serta mendoakan kebajikan Allahyarham.

“Ya boleh, tiada masalah yang itu. Bukan perkara tidak elok, perkara baik,” katanya kepada pemberita selepas upacara penutup Persidangan Pemikiran dan Tamadun Islam Sedunia (WCIT 2024) Ke-7 anjuran Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) di sini hari ini.

Mengikut laporan terkini, Ismail Haniyeh dibunuh di Iran berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh kumpulan pejuang Palestin itu.

Dikatakan, pemergian pemimpin tertinggi itu dirancang oleh rejim Zionis menerusi serangan khianat di kediamannya di Tehran, ibu negara Iran.

Berikutan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar dilaporkan berkata, maklumat tentang kematian tersebut akan diperolehi terlebih dahulu sebelum meminta semua masjid Jakim dan Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi) untuk mengadakan solat ghaib.

Sementara itu berkenaan kemarau di Perak, Saarani melihat operasi pembenihan awan yang dilaksanakan terhadap beberapa lokasi selama tiga hari bermula Isnin lalu berjaya berdasarkan cuaca hujan.

“Cuma sama ada mencukupi atau pun tidak saya tak pasti. Kalau mencukupi mungkin tak payah. Tapi kalau tak cukup bermakna kena buat kali yang kedua dan seterusnya,” katanya jika operasi itu akan diteruskan lagi.

Beliau pada masa sama berkata, mana-mana pihak wajib merujuk kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sebelum melaksanakan penggalian tanah secara persendirian untuk mendapatkan sumber air.

Jelasnya, perkara itu penting bagi kedalaman tanah yang ada sumber air, teknikal penggalian serta impak berlaku mendapan.

Beliau pada masa sama berkata, mana-mana pihak wajib merujuk kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sebelum melaksanakan penggalian tanah secara persendirian melalui kaedah Boring atau telaga tiub untuk mendapatkan sumber air. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN