Penunggang p-hailing maut kemalangan - Utusan Malaysia

Penunggang p-hailing maut kemalangan

SEORANG penunggang p-hailing maut selepas terlibat kemalangan membabitkan dua buah motosikal di Jalan Perpaduan berhampiran Simpang Dataran Perpaduan 3, di Ipoh semalam. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seorang penunggang p-hailing maut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan dua buah motosikal di Jalan Perpaduan berhampiran Simpang Dataran Perpaduan 3, di sini semalam.

Kejadian sekitar pukul 6.30 petang itu menyebabkan mangsa, Muhamad Azmeer Mazlan, 26, parah di kepala dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, kejadian berlaku apabila motosikal ditunggang mangsa keluar dari simpang lalu membelok ke kanan dan masuk ke laluan sah seorang lagi penunggang motosikal yang datang dari arah Tambun ke Bercham.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, disebabkan jarak yang terlalu dekat, penunggang berusia 16 tahun itu tidak sempat mengelak dan melanggar bahagian sisi kanan motosikal mangsa sebelum terbabas dan jatuh di tengah jalan.

“Pada masa sama, motosikal mangsa yang juga hilang kawalan telah terseret ke bahu kanan jalan sebelum terjatuh di atas jalan.

“Akibat pelanggaran itu, mangsa parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, dalam kejadian itu, remaja lelaki tersebut cedera ringan dan dihantar ke hospital sama untuk rawatan lanjut.

“Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu melulu dan merbahaya,” ujar beliau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini