KANGAR: Seorang penjawat awam berpangkat penolong akauntan gred W32 didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 13 pertuduhan menyalahgunakan harta kerajaan negeri melibatkan wang berjumlah RM81,585.04. Mohd Reimi Ismail,45, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Sesyen Norsalha Hamzah. Mengikut pertuduhan, Mohd Reimi didakwa dengan curangnya menyalahgunakan harta wang kepunyaan kerajaan negeri berjumlah RM81,585.04 antara Jun 2018 sehingga September 2019. Kesalahan itu didakwa dilakukan…










