Pengundi muda bersama calon PN - Mohd. Yusni

Pengundi muda bersama calon PN – Mohd. Yusni

MOHD. YUSNI MAT PIAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Pengundi muda di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap diyakini sekali lagi akan memberikan sokongan padu mereka kepada calon Perikatan Nasional (PN), Abidin Ismail.

Keyakinan itu disuarakan oleh Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat, Mohd Yusni Mat Piah menerusi ‘podcast’ yang disiarkan di media sosial Facebook, hari ini.

Mohd Yusni yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga berkata, sokongan pengundi muda kepada PN tidak pernah beralih dan perkara itu akan berterusan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap.

“Pengundi muda tidak pernah beralih daripada menyokong PN dan sejak pilihan raya umum (PRU) lagi, pengundi muda ini sentiasa bersama kita.

“Undi anak muda adalah untuk PN, kerana mereka nampak PN adalah masa depan mereka dan mereka akan mengundi calon PN iaitu calon rakyat, Abang Bidin,” katanya dalam podcast berkenaan.

Mengulas lanjut, Mohd, Yusni berkata, walaupun PN kalah pada PRK Kuala Kubu Bharu (KKB), namun, pengundi muda telah memberikan isyarat yang jelas dengan memberi undi kepada calon PN ketika PRK tersebut.

“Kita kalah di KKB, namun undi anak muda memihak kepada kita, keyakinan anak muda adalah pada kita dan mereka mengharapkan PN.

“Anak muda mahukan kebebasan, keselamatan, janji yang ditepati dan mereka boleh peroleh semua ini bersama PN,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd. Yusni berkata, menjelang hari mengundi Sabtu ini, pihaknya menyeru semua pengundi untuk menjalankan tanggungjawab dan hak sebagai pengundi di kawasan Sungai Bakap.

“Kita yakin pengundi telah mempunyai pilihan, jangan takut untuk menjalankan tanggungjawab dan tentunya mereka akan pilih wakil rakyat yang diyakini boleh membawa segala masalah dan isu rakyat kepada kerajaan,” katanya.

PRK DUN Sungai Bakap menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Pakatan Harapan (PH) iaitu bekas pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara, Dr. Joohari Ariffin dan bekas eksekutif logistik yang juga Naib Yang Dipertua Pas Nibong Tebal iaitu Abidin Ismail.

Ia diadakan susulan kematian penyandangny, Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN