IPOH: Perkara-perkara baharu yang ingin diperkenalkan kepada masyarakat perlulah menggunakan pendekatan strategik, bukannya dilakukan secara gopoh dan terburu-buru Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, pendekatan berhati-hati dan tidak gopoh yang digunakan Nabi Muhammad SAW ketika menyampaikan mesej Islam secara terbuka setelah diangkat menjadi rasul dan menerima wahyu sewajarnya dicontohi umat Islam. Titah baginda, Rasulullah SAW juga tidak melakukan pendekatan terburu-buru dengan terus mengisytiharkan bumi Mekah ditadbir urus berpaksikan Islam.…