Penang FC buat Perak gigit jari - Utusan Malaysia

Penang FC buat Perak gigit jari

PEMAIN Perak, Wan Zack Haikal (kiri) bersaing merebut bola dengan pemain Penang FC, Rafael Victor Santos pada perlawanan Liga Super di Ipoh hari ini. - UTUSAN/PERAK FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Perak gagal menggunakan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri apabila tumpas 0-2 kepada Penang FC dalam perlawanan Liga Super di Stadium Perak hari ini.

Jaringan pada penghujung setiap babak menyaksikan anak buah Yusri Che Lah terpaksa berputih mata.

Walaupun menguasai permainan tetapi tuan rumah gagal memanfaatkan peluang jaringan.

Anak buah Yusri mempunyai dua peluang jaringan di awal permainan tetapi Luciano Guaycochea dan Clayton Da Silva gagal menyudahkan peluang.

Pasukan Harimau Kumbang turut berpeluang menjaringkan gol tetapi gagal disudahkan penyerangnya.

Bagaimanapun pelawat akhirnya memecah kebuntuan jaringan apabila Neto Oliveria melencongkan bola melepasi Mohamad Ramdhan dari sepakan percuma pada minit ke-46.

Skrip babak kedua tidak banyak berubah dengan Perak meneruskan asakan tetapi pelawat kental bertahan.

Walaupun mendapat sokongan padu lebih 5,000 penonton tetapi pasukan Bos Gaurus gagal mendapatkan gol penyamaan.

Penang FC turut berpeluang tetapi Rodrigo Da Silva dan Mohamad Al-Hafiz gagal menghukum Perak.

Pemain gantian, Muhammad Alif Ikmarizal Anuar melebur sebarang impian pasukan tuan rumah untuk bangkit apabila menyumbang gol kedua pasukan Pulau Mutiara dalam masa kecederaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN