ALOR SETAR: Penalti yang dianugerahkan kepada Kuching City pada minit akhir permainan memaksa Kedah Darul Aman FC (KDA FC) berputih mata apabila sekadar seri 1-1 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Darul Aman, sebentar tadi. Jordan Mintah yang dipertanggungjawab mengambil sepakan itu tidak mensia-siakan peluang apabila melepaskan rembatan padu ke kanan gawang tanpa dapat diselamatkan Kalamullah Al-Hafiz. Perlawanan sebelum itu bermula hambar dengan kedua-dua pasukan gagal melakukan percubaan tepat meskipun…