Pemuda pakai baju T logo PDRM dirakam percakapan

Pemuda pakai baju T logo PDRM dirakam percakapan

SHAHRULNIZAM JA'AFAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah merakam keterangan seorang lelaki yang terlibat dalam satu perselisihan faham yang tular baru-baru ini di PJU 8/8, Damansara Perdana, dekat sini, Rabu lalu. 

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya telah merakam percakapan individu yang memakai baju berlogo PDRM terlibat dalam kejadian tersebut.

Beliau berkata, rakaman percakapan itu membabitkan lelaki tempatan berusia 40 tahun yang bekerja sebagai penjual basikal.

“Pemilik kenderaan jenis Volkswagen berkenaan sudah hadir bagi memberi keterangan di Balai Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya semalam (Isnin).

“Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 48 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Semalam, PDRM mengesahkan individu terbabit yang memakai baju T program Fun Ride anjuran pihak polis di Shah Alam bukan  pegawai atau anggota  jabatan itu seperti yang didakwa dalam hantaran media sosial tular.

Dalam hantaran itu, terdapat dua gambar serta satu rakaman video berdurasi 13 saat memaparkan seorang lelaki memakai baju T tertera logo PDRM yang didakwa meletakkan kenderaan di kawasan larangan. 

Siasatan lanjut dilakukan mendapati kejadian pada pukul 8.30 pagi pada 3 Julai lalu semasa pemandu kereta Volkswagen terbabit  menurunkan isterinya yang bekerja di sebuah premis berhampiran. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN