KOTA KINABALU: Mahkamah Khas Rasuah hari ini mengenakan hukuman denda RM14,000 terhadap seorang pembantu tadbir yang menggunakan dokumen palsu bagi tuntutan tanah di Keningau pada 10 tahun lalu. Tertuduh, Justine Ongkomog @ Amran Mohd. Osman,54, mengaku bersalah atas lima pertuduhan alternatif iaitu menggunakan dokumen palsu bagi tuntutan tanah untuk projek naik taraf Jalan Sook-Tulid-Sinua Keningau pada 2014. Dalam pertuduhan alternatif yang dibacakan di hadapan Hakim Jason Juga, tertuduh didakwa menggunakan…










