BATU PAHAT: Seorang pemandu excavator maut selepas kenderaan dipandunya ditimbus tanah runtuh dalam kejadian di sebuah kuari di Simpang Kanan dekat sini, petang semalam. Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintenden Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, kejadian berlaku pukul 4.25 petang melibatkan seorang lelaki warga tempatan, Eswandi Sapri, 52. Katanya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika mangsa sedang mengendalikan excavator itu sebelum berlaku tanah runtuh dan menimbusnya bersama jentera berkenaan.…










