Pemandu e-hailing dilapor hilang, kali terakhir dihubungi 12 Julai

Pemandu e-hailing dilapor hilang, kali terakhir dihubungi 12 Julai

PEMANDU e-hailing, Syahrul Asyraf Dahlan dilapor hilang selepas kali terakhir dapat dihubungi pada 12 Julai lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang pemandu e-hailing yang ‘tinggal’ dalam keretanya dilaporkan hilang selepas kali terakhir dapat dihubungi pada 12 Julai lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, pihaknya menerima laporan kejadian Orang Hilang (OH) kira-kira pukul 4.17 petang, Ahad lalu..

Katanya, penama yang hilang adalah Syahrul Asyraf Dahlan, 33, bekerja sebagai pemandu e-hailing.

“Kali terakhir lelaki itu dapat dihubungi melalui panggilan telefon oleh ahli keluarga yang tinggal di Melaka adalah 12 Julai lalu.

“Ketika itu dia sedang bekerja memandu kereta nombor pendaftaran VCE 4826 jenis Proton Persona berwarna coklat pada tarikh 12 Julai lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, lelaki tersebut dimaklumkan tinggal di sekitar kawasan Lembah Klang dan hanya tidur di dalam kereta miliknya sejak bekerja sebagai pemandu e-hailing di bawah syarikat tempatan.

“3 Julai lalu merupakan kali terakhir beliau menetap di rumah salah seorang ahli keluarga yang berada di kawasan Pandan Jaya, di sini,” ujarnya.

Justeru itu, Mohd Azam meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan mangsa untuk tampil ke balai polis berhampiran.

“Mereka yang mempunyai maklumat boleh berhubung terus dengan bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya di talian 03-42524866,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini